Magnet Cinta : Membuat Sesiapapun Tertarik Hati Setiap Hari Setiap Waktu /
Zamri Mohamad
- 146 pages : 21 cm
- Siri semarak cinta .
"Buku yang menghadiahkan kepada pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini. -Buku “Magnet Cinta : Membuat Sesiapapun Tertarik Hati Setiap Masa Setiap Waktu” karya Zamri Mohamad menghadiahkan pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini. - Buku ini mengandungi 4 bahagian utama, di mana bab pertama memberikan pendedahan tentang cara bagi pasangan menyalurkan rasa hati kepada yang tersayang. Ia mengetengahkan pendekatan dari hati ke hati melalui lisan dan bahasa badan. -Bahagian kedua pula memaparkan konsep kasih sayang, cinta, rindu dan harapan dari perspektif orang lelaki. Seterusnya di bahagian ketiga pembaca dihidangkan dengan panduan-panduan bagaimana orang sekeliling dapat membantu bagi melunakkan hati dan terus-menerus menyintai diri. Kemudiannya bahagian keempat menyenaraikan halangan-halangan yang memungkinkan nilai cinta tidak dapat ditafsir oleh kaum Adam. Ia juga disusuli dengan tip-tip persediaan bagi berhadapan dengan cabaran dan halangan sebelum dan selepas proses 'penaklukan' cinta seorang lelaki. -Apa yang membuatkan buku ini lebih menarik, ia dikupas dan diadun dengan bersandarkan pengalaman, kajian, catatan cerita menarik dan pemerhatian penulis. Paparan kisah-kisah serta cerita-cerita yang menemani pembaca sepanjang penerokaan “Magnet Cinta” mampu memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang isu-isu yang diutarakan. Kata-kata yang berbentuk 'kad-kad cinta' yang menarik turut menghiasi laman pembacaan dan amat praktikal untuk pasangan suami dan isteri."