Baterah Alias

Islam dan Emansipasi Wanita / Baterah Alias, Che Zarrina Sa'ari - 186pages : illustrations ; 22cm

Mengandungi indeks

Bibliografi: ms. 167-184

Islam dan Emansipasi Wanita bertujuan untuk membincangkan emansipasi atau kebebasan wanita secara lebih mendalam, serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Matlamat buku ini adalah untuk mencari idea-idea baru yang boleh diguna pakai bagi memperbaiki status dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Pembebasan wanita dan persamaan hak merupakan suatu isu yang menjadi perdebatan hebat dalam kalangan wanita moden pada masa ini. Islam dan Emansipasi Wanita memberi tumpuan kepada fenomena yang berlaku, akibat pergolakan semasa dan salah faham terhadap kebebasan menyebabkan wanita khususnya, terheret sama dengan arus kebangkitan moden sama ada ia dipengaruhi oleh pihak luaran atau masalah dalaman wanita itu sendiri dalam memperjuangkan hak mereka, yang pada andaiannya didiskriminasikan oleh pihak lelaki. Berlatarbelakangkan masalah wanita dengan isu pembebasan dalam bidang pendidikan, pekerjaan, sosial, hak-hak wanita dalam sistem kekeluargaan dan sebagainya, isu ini menjadi perdebatan dalam kalangan penyokong emansipasi dan ia telah menular dalam kalangan masyarakat Islam sendiri.....

983-100-353-5 RM30.00


Women--Religious aspects--Islam
Muslim women--Conduct of life
Women's rights--Religious aspects--Islam
Women in Islam

305.48697 / BAT