Local cover image
Local cover image

MY NEXT Husband? / AULIA IMAN

By: Material type: TextTextTeluk Intan, Perak : BONA BACA PUBLICATION, 2018Description: 406 pages : 18 cmContent type:
  • text
Media type:
  • unmediated
Carrier type:
  • volume
ISBN:
  • 978-967-16447-0-4
Subject(s): DDC classification:
  • 899.2333 AUL
Summary: MY NEXT HUSBAND? - Kisah seorang lelaki dan seorang perempuan yang pernah menjadi suami isteri di usia yang mentah. Dia Noah Safwan, jodoh yang diatur untuk Rindu Sofrina. Kedua-duanya tidak pernah bertemu, tidak pernah mengenali, dan tidak punya rasa cinta di antara satu sama lain. Namun satu kemalangan yang menjadi punca gadis itu kematian ibu bapanya, menjadi asbab untuk Noah Safwan mengambil Rindu Sofrina sebagai isterinya yang sah. Ternyata menjalani kehidupan alam rumah tangga tanpa sekelumit rasa cinta bukanlah sesuatu yang mudah. Perselisihan sering kali terjadi, persengketaan tidak pernah sunyi menerpa kehidupan keduanya hingga memaksa Noah Safwan keluar dari perkahwinan yang tidak diinginkan. Lima tahun berlalu, keduanya bertemu semula di sebuah firma penilaian hartanah. Seorang ketua yang terkenal dengan pesonanya yang tersendiri, dan seorang lagi pelajar praktikal yang bijak dan cantik jelita. “Rindu Sofrina? Very nice name. So, nak panggil apa?”- NOAH SAFWAN “Boleh panggil saya, Sof atau Rina. Kalau encik panggil Rindu, tak sesuai rasanya. Bukan apa, saya takut ramai yang salah faham. Yalah, orang ingat encik rindukan saya pula nanti.”- RINDU SOFRINA Hubungan mereka biasa-biasa sahaja, tidak lebih dari hubungan antara seorang ketua dengan pekerja. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. Namun, kebaikan serta sikap romantik yang ditonjolkan oleh seorang pemuda yang sering berdampingan dengan Rindu Sofrina, menjadi punca Noah Safwan tidak senang hati lantas bersuara ingin tahu. “Your next husband?”- NOAH SAFWAN “Yup! Sepadan tak?”- RINDU SOFRINA “Ya, memang sepadan. Seperti kopi dengan susu, tinggal lagi untuk dijirus dengan air panas. Barulah jadi kopi susu. Tak gitu?”- NOAH SAFWAN Di saat hati Rindu Sofrina kembang dengan cinta baharu, ada ketakutan yang sentiasa membayangi kehidupannya. Namun kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila rahsia yang disimpan kemas telah tersebar sebelum dirinya benar-benar bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan itu. Dirinya dihina dan dikeji tanpa henti. Di saat tiada yang membela, Noah Safwan muncul menjadi hero lantas membawa gadis itu pergi jauh dari segala caci maki mulut manusia yang tidak berhati perut. Ketika pembelaan itu mendapat tempat di hati kecil Rindu Sofrina, sekali lagi hatinya dihambat kerisauan kerana antara dia dan lelaki itu, ada sesuatu yang mengikat keduanya daripada terus bebas mencorak kehidupan sendiri. Mampukah Rindu Sofrina menjauhi Noah Safwan?
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
Holdings
Cover image Item type Current library Call number Status Date due Barcode
Fiksyen PERPUSTAKAAN KOLEJ KOMUNITI BALING 899.2333 AUL (Browse shelf(Opens below)) Checked out 12/18/2024 00000799

MY NEXT HUSBAND? - Kisah seorang lelaki dan seorang perempuan yang pernah menjadi suami isteri di usia yang mentah. Dia Noah Safwan, jodoh yang diatur untuk Rindu Sofrina. Kedua-duanya tidak pernah bertemu, tidak pernah mengenali, dan tidak punya rasa cinta di antara satu sama lain. Namun satu kemalangan yang menjadi punca gadis itu kematian ibu bapanya, menjadi asbab untuk Noah Safwan mengambil Rindu Sofrina sebagai isterinya yang sah. Ternyata menjalani kehidupan alam rumah tangga tanpa sekelumit rasa cinta bukanlah sesuatu yang mudah. Perselisihan sering kali terjadi, persengketaan tidak pernah sunyi menerpa kehidupan keduanya hingga memaksa Noah Safwan keluar dari perkahwinan yang tidak diinginkan. Lima tahun berlalu, keduanya bertemu semula di sebuah firma penilaian hartanah. Seorang ketua yang terkenal dengan pesonanya yang tersendiri, dan seorang lagi pelajar praktikal yang bijak dan cantik jelita. “Rindu Sofrina? Very nice name. So, nak panggil apa?”- NOAH SAFWAN “Boleh panggil saya, Sof atau Rina. Kalau encik panggil Rindu, tak sesuai rasanya. Bukan apa, saya takut ramai yang salah faham. Yalah, orang ingat encik rindukan saya pula nanti.”- RINDU SOFRINA Hubungan mereka biasa-biasa sahaja, tidak lebih dari hubungan antara seorang ketua dengan pekerja. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. Namun, kebaikan serta sikap romantik yang ditonjolkan oleh seorang pemuda yang sering berdampingan dengan Rindu Sofrina, menjadi punca Noah Safwan tidak senang hati lantas bersuara ingin tahu. “Your next husband?”- NOAH SAFWAN “Yup! Sepadan tak?”- RINDU SOFRINA “Ya, memang sepadan. Seperti kopi dengan susu, tinggal lagi untuk dijirus dengan air panas. Barulah jadi kopi susu. Tak gitu?”- NOAH SAFWAN Di saat hati Rindu Sofrina kembang dengan cinta baharu, ada ketakutan yang sentiasa membayangi kehidupannya. Namun kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila rahsia yang disimpan kemas telah tersebar sebelum dirinya benar-benar bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan itu. Dirinya dihina dan dikeji tanpa henti. Di saat tiada yang membela, Noah Safwan muncul menjadi hero lantas membawa gadis itu pergi jauh dari segala caci maki mulut manusia yang tidak berhati perut. Ketika pembelaan itu mendapat tempat di hati kecil Rindu Sofrina, sekali lagi hatinya dihambat kerisauan kerana antara dia dan lelaki itu, ada sesuatu yang mengikat keduanya daripada terus bebas mencorak kehidupan sendiri. Mampukah Rindu Sofrina menjauhi Noah Safwan?

There are no comments on this title.

to post a comment.

Click on an image to view it in the image viewer

Local cover image